Kelas E-Learning & MS Word bersama Pelajar Tabika Kemas Serasot B
6 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas E-Learning dan MS Word bersama pelajar Tabika KEMAS Serasot B ini telah diadakan pada hari Jumaat, 5 Mei 2017. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan dengan laman pembelajaran atas talian iaitu pbskids.org serta melalui klip video pelajaran di Youtube. Selain itu para peserta juga diajar untuk menaip nombor dan huruf mengikut tutorial online menggunakan MS Word.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Serasot, selama 2 jam bermula dari 10.00 pagi ini telah dihadiri oleh seramai 19 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: